Wednesday 29 September 2010

Mandi hujan

(29/09/10) Salam! lama tak update eh :P sorry cuz banyak gila coursework kene buat skrang :/

Tadi kat school, seperti biase je.. cuma masa nak balik tadi. Setiap hari rabu, school habis 1 jam awal jadi school bus tak ada la bila balik. So aku kene jalan kaki balik :( Malangnya tadi hujan lebat gila2, aku plak lupa nak bawak jacket. Habis basah jumper aku, bag, kasut, and semua lah! :O

Bila balik je, ayah tanya.. "Best mandi hujan?" Hahaha! Aku gelak gila masa tu xD Mestila tak best.. kalau mandi hujan kat msia best la. Tapi kalau kat sini, sejukkkk!! Skrang ni pun nak masuk winter dah ;D which mean salji nak turun woohoo!

Aduss! nanti aku ada 5 art coursework kene buat.. great. esok kene hantar, itula.. aku ni suka buat last minit :D hehe

Saturday 25 September 2010

Freeeeziinnggg



(25/09/10) Salam.. sorry lama tak update blog xP busy la katakan.

So harini, skrang baru pukul 12.05 tngahri :D pukul 1 nanti ada jamuan raya yg besar besaran punye :DD woohoo! bleh makan banyak nanti haha. Semalam hari jumaat, pergh.. hari yang paling sejuk!! Walaupun tak hujan, tapi angin.. KUAT!! aku rasa macam nak terbang dah seriously :O tapi harini panas je kat luar ^_^

Oh untuk pelajar2 darjah 6 yg ambik exam UPSR, Good luck k! sorry lambat wish :P Ramai cousins aku yang amik exam tu haha. Harap diorang buat betul2 :D and untuk pelajar yg amik PMR plak, lagi 2 minggu rasanya :D good luck hehe.. kesian korang muahaha

Monday 20 September 2010

DROP DOWN!

(20/09/10) Salam! :D

Tadi first day of school for this week.. BEST kot :D macam biase je but better than last week. Last week BORING sangat! tadi masa science lesson, cikgu suruh kitorang semua buat leaflet about carefull on the road (berhati-hati di jalan raya) haha.. Bagi aku senang je, aku lukis gambar kereta skit and etc. Lepas aku dah siap, semua orang puji aku cewah ;) bangga gila haha. Semua orang suruh aku buatkan untuk diorang -.-" penat gillerr.

Masa lunch pulak. aku, mugal and skinny pergi kedai and beli keropok and drinks je. And then back at school, ada english lesson plak :O mrs Robshaw! AHH! shes a nightmare -.- asyik marah aku je. :P

Oh and masa break time kan. aku ngan sorang kawan aku ni main Drop Down. Cara nak mainnya.. kene jatuhkan pihak lawan. CIS! dia jatuhkan aku, sakit doohh. First time dia jatuhkan aku, aku jatuh straight kt bontot aku -.- lepastu nak bangun pun susah haha. Kawan lain yg tngok semua gelak gila2 :/ skrang ni still sakit lagi tau haha

Sunday 19 September 2010

Glee :L

(19/09/10) Hellooo..! I loveee this song! Cuba dengar.. :)


Finn - I'll Stand By You

Saturday 18 September 2010

IM BACK!

(18/09/10) Salaam..

Sorry semua sebab dah lama tak update :/ Alasannye sebab aku kurang sihat, skrang ni tak sepnuhnya sihat agi, tapi aku rasa cm nak update je blog haha :P How's everyone rayaa?? Mesti best kan, aku punya okay je.. cuma duit raya satu sen pun tak dapat :( Takpa.. asalkan aku dapat makan banyak muahaha :D

Bila dah start school ni, aku pun dah jadi y11 aka senior ;) Tak best langsung! Banyak gile kerja kne buat :( ada banyak coursework and tht and tht.. :/ Cuaca skrang ni pun sejuk gila, dah kene start on heater la. Waahh.. aku skrang dah dekat 2 tahun duduk kat Sheffield ni :) lama tuu.. :D

Wednesday 8 September 2010

Sabar.. sabar..

(08/09/10) Salam semuaa :D

Dengar kata esok mungkin raya :D or hari jumaat ni. woopwoop! Hahaha tak sabar ni. Harini, hari pertama aku rasa dahaga gileerrrr.. Tadi kat school aku main football and kejar2 ngan kawan haha :P Lepastu berpeluh gila2 sampai nak pengsan dah. Skrang ni lagi 6 jam nak bukak puasa :O TIDAAAKK!! Kene sabar.. :( Tadi semua salah kawan lah, diorang paksa main skali, cis!

Raya nanti.. baju melayu dah ada.. semua dah ada.. kecuali mercun :( Raya tanpa mercun mana syok kan, kalau kat malaysia dulu aku slalu main mercun gasing! :D and mercun rocket, mercun ketupat, mercun lebah dan lain2. Tapi aku tak pernah main mercun bola, memang tak berani lah.

Ada kawan kat kampung dulu, hilang tangan sebab main mercun bola :O Ceritanya camni.. dia cucuh api kat mercun tu, tapi tali yang nak dicucuh tu pendek sangat, tapi dia tetap nak cucuh gak. Lepas tu bila dia dah cucuh, nak baling je.. BOOOOMMM!!! meletop kat tangan dia :O Jadi kawan2.. jangan lah main mercun bola, mercun lain takpe :DD

SELAMAT HARI RAYA!!
MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Tuesday 7 September 2010

School!



(07/09/10) Haloooo..! :D

Setelah 6 minggu aku cuti, skrang ni dah habis :( School pun dah start, tadi first day of school.. BORING!! :O Dahlah aku sakit, and then puasa, lepastu kene belajar plak tu. Memang penat betul tadi, tadi kat school sejuk gillerrr. Angin kuat gila sampai aku rasa mcm nak terbang doohh haha. Penat2 je aku kemaskan rambut aku pagi tadi, pastu angin hancurkan rambut aku :/

Tapi yang bestnya bleh jumpa kawan :D tu je. Esok plak ada P.E, rasanya taknak buat P.E kot sebab puasa. Nanti takut pengsan plak masa main football :O Tak sangka skrang aku dah jadi senior kat school, bleh buli budak junior2 muahaha :D

Sunday 5 September 2010

Demam

(05/09/10) Hellooo..!! :)

Semalam aku demam.. harini mak ngan akak aku pun dah start nak demam pulak daa :O Aduuihh diorang jangkit kat aku ni. Tapi diorang taklah demam teruk sangat, buat masa ni okay2 lagi. Tadi kitorang pergi ke PMC, bukak puasa kat sana. Perrghhh.. ramai gilaa beb, kenyang aku. Makan tak henti2, sampai bulat dah perut aku haha :P

Setelah lebih 2 bulan aku tak potong rambut, mula2 ingatkan nak simpan rambut panjang skit. Nak tiru style rambut pelakon korea macam Kim Bum, eceeeyyhh. Tapi aku give up lah! Rimas betul rambut panjang, bangun pagi mesti rambut terburai haha. Pagi tadi akhirnya aku potong rambut :D Baru smart skit eceh :)

Video ni lawak gilaa haha!


Lawak orang jepun

Friday 3 September 2010

Feel Sick..



(02/09/10) Waahh skrang dah masuk bulan September! :D

Sebenanyo aku skrang ni sakit skit la :/ Sakit tekak and rasa demam sikit. Jadi kene berehat la untuk beberapa hari, tak boleh update blog buat sementara waktu :O Minta maaf la ye. Tapi bila aku dah sihat skit, aku bleh la update :D

Wednesday 1 September 2010

MERDEKA!



(31/08/10) MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Waahh, sebenarnya aku tak ingat yang harini hari Merdeka haha. Kawan kt malaysia yang ingatkan huhu :P Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yg ke- 53 kepada semua warga Malaysia :D

Waahh buka puasa harini.. ada kuah Kari special, Char Kuey Teow utara, kuih-muih dan lain2 :D Tak sabar nak buka ni. Tapi setiap hari bila nak buka puasa, mak ngan ayah mesti buat makanan sedap2. Cewaah :P Thank youu sangat2. Memang puaslah! Sekarang pun nak dekat raya.. kalau aku kt malaysia skrang, kitorang dah keluar pergi beli baju melayu dan lain2. Tapi kat sini.. tadak pape la. Duit raya pun tak dapat :O Nak main mercun pun tak boleh sebab kat sini takda orang jual mercun :( Perasaan sedih tu ada, gembira pun ada sebab nanti nak masuk winter. Salji akan turun! muahaha :D