Wednesday, 27 October 2010

:'(

(26/10/10) Harini hari yang paling sedih doe :'(

Kat malaysia aku kan ada bela 2 ekor burung nama Ong and John. aku bela diorang sejak aku 10 tahun (darjah 4) tapi bila family aku kene pindah kat Sheffield UK, ayah suruh cousin aku tolong jagakan Ong dan John. depa tak boleh ikut sama sebab kt UK sejuk sangat. Bila dah sampai sini, aku pun dah rindu diorang sangat sangat!!

Skrang ni dah 2 tahun aku duduk kt UK. lagi 1 tahun pastu aku balik, tak sabar lah nak jumpa Ong dan John!! aku nak sangat dengar diorang nyanyi mcm dulu. aku nak diorang patuk aku lagi sekali mcm dulu haha, sebab aku suka ganggu diorang :D aku nak sangat lepaskan diorang dalam rumah, so bagi depa feel freedom sikit.

Tapi tadi.. aku chat ngan cousin aku tu. baru aku teringat pasal Ong dan John, so aku tanya lah dia depa sihat ka. Cousin aku senyap je.. masa tu aku tau mesti ada pape tak kene :/ dia taknak bagitau. Dia suruh aku tanya ayah aku je tapi aku paksa dia bagitau gak and he said..

"Ong dan John.. dah... mati.."

..aku masa tu terkejut gila gila. tangan aku pun mengeletar. sedih gila yang teramat lah! aku bela diorang lamaa sangat tapi skrang dah takda :'( aku tak boleh dengar diorang nyanyi lagi. aku tak boleh ganggu diorang lagi. aku tak boleh bagi diorang makanan :'( sedih sedih sedih. aku miss korang sangat,

From left: John dan Ong :(

2 comments:

  1. sabar ea...aku taw ko syg ong..!

    ReplyDelete
  2. Wah, I almost cried reading this. Cheer up kayy :)

    ReplyDelete